Pelajar Tajaan Di Luar Negara: Sibuk Melancong?

Sedang asyik saya menyusuri timeline di Twitter, terlihat saya kepada beberapa tweet yang menuduh pelajar luar negara sibuk bercuti ke sana-sini dan tidak semena-mena terus dituduh memakan duit rakyat. Fenomena ini juga berlarutan sehingga ke Facebook. Saya juga tidak pasti sama ada ianya mula-mula naik di Facebook dan terus ke Twitter atau sebaliknya.